Perkhemahan Perdana Badan Beruniform

Perhatian, buka di tetingkap baru. PDFCetakEmel

photo 2017 04 08 11 29 32 Pada 7 hingga 9 April 2017, Perkhemahan perdana badan beruniform SMK Tengku Mizan Zainal Abidin telah diadakan di Kem IM4U, UniSZA, Merang. Seramai 163 orang peserta telah terlibat dalam perkhemahan ini yang kebanyakannya adalah pelajar tingkatan 5. Peserta bergerak ke tapak perkhemahan menggunakan 4 buah bas jabatan pendidikan pada jam 3.00 petang. 

photo 2017 04 07 16 27 44

Setibanya di tapak perkhemahan, peserta telah diberikan taklimat khas oleh Cikgu Zulkharnain selaku kem komandan perkhemahan pada kali ini. Aktiviti pertama adalah mendirikan khemah. Setiap unit beruniform  dibekalkan 2 hingga 4 khemah untuk ahli-ahlinya. Semangat kerjasama dan tolong-menolong dipraktikkan ketika mendirikan khemah. Para peserta dilihat berkomunikasi dan saling memberi bantuan terhadap rakan sepasukan.

photo 2017 04 07 23 33 49 Selepas solat maghrib berjemaah, semua peserta berkumpul di dewan  terbuka untuk mendengar takzirah daripada Ustaz Zulkifli.
Tazkirah yang berkaitan dengan adab dan tatacara dalam kehidupan dapat membentuk sahsiah peserta ke arah yang lebih baik. 

Selepas solat isyak, aktiviti yang seterusnya adalah melawat Balai Cerap. Peserta diberi taklimat oleh petugas di balai cerap tentang cara penggunaan alatan untuk melihat dan mengkaji bulan. Peserta juga diberi info-info berkaitan dengan bulan. Aktiviti ini memberi peluang kepada peserta perkhemahan untuk melihat permukaan bulan dengan lebih dekat lagi. Selain itu, peserta juga berkesempatan untuk melihat planet jupiter. Secara tidak langsung, peserta dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang sedia ada pada mereka.


Selepas senaman pagi, peserta didedahkan dengan aktiviti "Water Confidence" di tasik yang berhampiran dengan khemah  peserta. Peserta yang telah melakukan aktiviti "Water Confidence" kelihatan lebih bersemangat dan berkeyakinan.  Seterusnya, peserta dibenarkan untuk berkayak di tasik tersebut. Pengalaman yang didapati adalah begitu berharga.

photo 2017 04 08 09 54 43 photo 2017 05 04 22 28 14  photo 2017 04 08 09 54 41

 

photo 2017 04 08 11 57 12photo 2017 04 08 11 57 29

Antara akvititi yang mencabar stamina adalah Junggle Trekking. Peserta dibawa merentas hutan yang berdekatan kem oleh pegawai kem berserta kem komander.  Laluan yang sulit dan berbukit mencabar kesabaran setiap peserta. Namun, keindahan flora yang diselang seli kicauan burung menjadikan peserta bersemangat melalui laluan perbukitan dan berpaya itu.

Cabaran yang seterusnya adalah merentas halangan.Peserta dibahagikan kepada kumpulankecil.Dalam kumpulan,mereka berkerjasama membantu sesama ahli merentas halangan yang disediakan oleh pihak kem tersebut. Setiap halangan itu menguji kebolehan kepayaan dan ketahanan fizikal dan mental peserta. Walau bagaimanpun, pergerakan peserta dipantau dan dibantu oleh pegawai kem dan guru-guru yang bertugas.

 

photo 2017 04 08 15 20 19

photo 2017 04 08 15 21 30

 

 

 

 

 

 Kemuncak perkhemahan adalam Malam Bakat. Setiap unit diberi masa untuk membuat persembahan bermoral. Setiap persembahan pada malam itu sangat menarik kerana peserta menggunakan kreativiti masing-masing dalam menjayakan persembahan mereka. Malam tersebut dimeriahkan lagi dengan acara barbeku daging ayam dan sotong.

Pada keesokan harinya, peserta bersiap sedia untuk majlis penutup. Para peserta bekerjasama menurunkan khemah serta membersihkan kawasan tapak perkhemahan. Setiap ahli bertanggungjawab terhadap khemah yang dipinjamkan dan melaporkan jika ada sebarang kehilangan atau kerosakan. Ini sekaligus mendidik setiap peserta menjadi individu yang bertanggungjawab serta jujur. Majlis penutup berlangsung pada jam 10.30 pagi. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Bin Abu Bakar, Pengetua Cemerlang SMK Tengku Mizan Zainal Abidin.

photo 2017 04 09 11 26 31

Tahniah diucapkan kepada semua peserta. Diharapkan, melalui aktiviti perkhemahan ini dapat membentuk pelajar menjadi lebih cemerlang serta mempunyai jatidiri yang baik dalam mengharungi hidup. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan aktiviti perkhemahan ini.