Selamat Datang ke Laman Web SMK Tengku Mizan Zainal Abidin (STEMZA), Terengganu

frogasia
  • Aktiviti Water Confidence

    Perkhemahan Perdana Badan Beruniform, Outreach Camp IM4U UniSZA
  • Majlis Solat Hajat

    Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Melibatkan Pelajar Tingkatan 3 dan 5 bersama Ibu Bapa Penjaga
  • Chorasical Sketch. Tahniah!

    Tempat Ketiga Piala Yayasan Sultan Mizan Peringkat Negeri Terengganu
  • Kem Pancaragam

    Kem Pemantapan Pancaragam Bersama SMK Ibrahim Fikri
  • DLM PEMBINAAN

  • Selamat Datang Diucapkan Kepada Pengetua STEMZA Yang Ke 14
  • Aktiviti Water Confidence
  • Majlis Solat Hajat
  • Chorasical Sketch. Tahniah!
  • Kem Pancaragam
  • DLM PEMBINAAN

    Sambutan Hari Guru 2012

    Pada 16 Mei 2012, sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan di SMK Tengku Mizan Zainal Abidin. Majlis yang diadakan adalah sederhana tetapi cukup meriah. Tema sambutan hari guru pada tahun 2012 adalah Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara.

    Persiapan rapi telah disediakan oleh barisan kepimpinan sekolah. Dekorasi dewan Mestika dan kantin adalah sangat cantik dan berwarna-warni. Majlis dimulakan dengan perarakan masuk para guru yang diketuai oleh Tuan Pengetua, Tuan Haji Ismail bin Kusri. Para guru telah diiring masuk dengan paluan kompang. Majlis seterusnya diteruskan dengan ucapan penghargaan yang diwakili oleh ketua pelajar, Muhammad Aslam bin Hasin. Ucapan perasmian sambutan hari guru telah disempurnakan oleh tuan pengetua.

    Gimik yang dirancang ternyata menjadi dan menghiburkan. Majlis dimeriahkan dengan pelbagai persembahan menarik daripada para guru dan pelajar antaranya adalah sajak, sketsa,  nyanyian, persembahan kumpulan nasyid sekolah dan choral speaking. Seterusnya para guru diraikan dengan juadah istimewa di kantin sekolah. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pengawas sekolah atas layanan yang diberikan.

    Diharapkan melalui sambutan yang diadakan ini para guru akan lebih bersemangat untuk mendidik anak bangsa serta menjadi guru yang penyayang
    bagi melahirkan murid yang berkualiti. Sila klik di sini untuk tatapan gambar.

    Print Email

    Kem Badan Beruniform 2012

    Pada 19-21 April 2012 telah diadakan Kem Badan Beruniform SMK Tengku Mizan zainal Abidin 2012. Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan sepanjang kem ini diadakan. Antaranya adalah masakan rimba, latihan kawad kaki, pertandingan gubahan dari bahan terbuang, penghasilan gajet, demonstrasi bomba dan  pertolongan cemas.
     
    Antara objektif utama program ini diadakan adalah:
    1) Melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan tentang upacara perbarisan dan mampu berkawad.
    2) Membentuk ketrampilan diri yang mantap serta bebas masalah disiplin.
    3) Melahirkan pelajar yang seimbang kurikulum dan kokurikulum serta menanam sifat positif ke arah keseimbangan diri dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
    4) Melahirkan kesedaran tentang potensi diri dan keyakinan diri untuk menghadapi cabaran dari segi mental dan fizikal.

    Program yang melibatkan seramai 270 orang pelajar ini diharapkan dapat membentuk sahsiah dan ketrampilan diri yang lebih baik serta bertambah keyakinan diri dalam menghadapi cabaran dalam era yang semakin mencabar kini. Tahniah diucapkan kepada peserta yang telah berjaya memenangi pertandingan yang diadakan. Peserta terbaik keseluruhan telah dirangkul oleh Kumpulan PBSM Sekolah. Tahniah diucapkan. Sila klik di sini untuk tatapan gambar sepanjang berlangsungnya program.

    Print Email

    Dasar Baru KPM