Selamat Datang ke Laman Web SMK Tengku Mizan Zainal Abidin (STEMZA), Terengganu

frogasia
  • Aktiviti Water Confidence

    Perkhemahan Perdana Badan Beruniform, Outreach Camp IM4U UniSZA
  • Majlis Solat Hajat

    Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Melibatkan Pelajar Tingkatan 3 dan 5 bersama Ibu Bapa Penjaga
  • Chorasical Sketch. Tahniah!

    Tempat Ketiga Piala Yayasan Sultan Mizan Peringkat Negeri Terengganu
  • Kem Pancaragam

    Kem Pemantapan Pancaragam Bersama SMK Ibrahim Fikri
  • DLM PEMBINAAN

  • Selamat Datang Diucapkan Kepada Pengetua STEMZA Yang Ke 14
  • Aktiviti Water Confidence
  • Majlis Solat Hajat
  • Chorasical Sketch. Tahniah!
  • Kem Pancaragam
  • DLM PEMBINAAN

    Hari Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Dan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-33

    Pada 28 Mac 2012, Hari Anugerah Kecemerlangan & Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 33 telah diadakan di SMK Tengku Mizan Zainal Abidin. Seawal jam 8.00 pagi ibu bapa serta penjaga telah mula mendaftar. Seperti saban tahun, sambutan yang diberikan oleh ibu bapa sangat menggalakkan. Ribuan terima kasih diucapkan kerana sudi meluangkan masa untuk sama-sama berbincang dan mencapai kata sepakat bagi memastikan STEMZA sentiasa mengorak langkah dan berjaya melahirkan pelajar yang cemerlang.Mesyuarat telah dimulakan tepat jam 8.30 pagi. Pelbagai perkara telah dibincangkan dan respon yang diberikan oleh ibu bapa amat memberangsangkan. Mesyuarat berakhir jam 10.30 pagi.

    Majlis seterusnya adalah penyampaian anugerah kepada pelajar yang cemerlang serta mata pelajaran yang lulus 100% serta yang mencapai peningkatan. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.B. Tuan Haji Matsor Bin Ismail, Pegawai Pelajaran Daerah,Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu. Ketibaan tetamu kehormat telah disambut dengan paluan kompang. Selepas itu, pasukan Pancaragam STEMZA telah membuat persembahan dengan menyampaikan tiga buah lagu yang cukup bertenaga.

    Ucapan aluan telah disampaikan oleh Tuan Haji Ismail bin Kusri, Pengetua SMK Tengku Mizan Zainal Abidin. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Tuan Haji Ismail Bin Matsor. Majlis disusuli dengan persembahan nasyid yang begitu cemerlang oleh pasukan Soutul Mizan. Seterusnya, anugerah kecemerlangan telah disampaikan kepada pelajar yang cemerlang. Berikut adalah penerima utama anugerah yang disampaikan:

    Terbaik PMR 2011
    Nadiah Bt Zakaria (9A)
    Terbaik SPM 2011
    Wan Syahila Bt Wan Yadri (9A)
    Tokoh Kokurikulum
    Muhammad Syafiq Bin Awang
    Tokoh Sahsiah
    Mohd Rosfirdaus Bin Mohd Idris
    Tokoh Akademik & Pelajar Mithali 
    Wan Syahila Bt Wan Yadri

    Anugerah Kecemerlangan

    (Yayasan GPMS)

    Fizik: Che Ku Illiyana Bt Che Ku Ismail

    Kimia: Mohd Fazley Al-Syahmee Bin Che Mat

    Biologi: Nazierah Bt Abd Ghani

    Mat. Tambahan: Wan Syahila Bt Wan Yadri

    Terbaik Tingkatan 1
    Muhammad Luqman Bin Roslan
    Terbaik Tingkatan 2
    Anis Syahirah Bt Mohd Syafie
    Terbaik Tingkatan 4
    Nor Areeshah Bt Azmi

    Tahniah diucapkan kepada semua pelajar dan guru yang telah menerima anugerah. Kepada yang kurang berjaya, pastikan sentiasa berusaha dan melipat gandakan usaha tersebut bagi memastikan kegagalan yang lalu tidak berulang.Ribuan terima kasih kepada semua jemputan yang hadir, para guru serta seluruh warga STEMZA yang telah meluangkan masa dan tenaga bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar. Sila klik di sini untuk tatapan gambar sepanjang berlangsungnya majlis.

    Print Email

    Keputusan SPM 2011

    Pada 21 Mac yang lalu, keputusan SPM 2011 telah diumumkan. Jutaan tahniah diucapkan kepada para pelajar yang telah berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang. Pada tahun 2011,gred purata sekolah adalah 4.53 dengan peratus kelulusan adalah 98.7. Tahniah juga diucapkan kepada seluruh warga sekolah terutamanya para guru yang tidak pernah mengenal erti putus asa serta sentiasa memberikan dorongan dan sokongan positif dalam memastikan kejayaan para pelajar. Tidak dilupakan juga buat pihak pengurusan yang telah merangka pelbagai strategi dan program bagi memastikan ruang-ruang yang ada diisi dengan aktiviti bermaklumat bagi mancanai, membentuk dan melorong pelajar ke arah kejayaan.

    Pelajar terbaik untuk SPM 2011 dirangkul oleh Wan Syahila Bt Wan Yadri, 9A 1B dan Nor Asmidar Bt Yusof, 8A 2C.Kepada pelajar yang kurang bernasib baik, jangan sesekali mengaku kalah dan berputus asa. Sesungguhnya kejayaan itu tiada penghujungnya dan kegagalan hari ini pula bukanlah bermakna kamu akan menjadi orang yang gagal buat selamanya. Sesungguhnya tiada perkataan terlewat untuk berjaya. Bertindaklah sekarang kerana jatuh bangunnya seseorang terletak di atas bahu sendiri.

    Jutaan tahniah juga diucapkan kepada mata pelajaran berikut yang telah mendapat pencapaian 100% SPM 2011:

    Bil
    Mata Pelajaran
    1
    Sains
    2
    Pendidikan Seni Visual
    3
    Perdagangan
    4
    Prinsip Akaun
    5
    Biologi
    6
    Fizik
    7
    Grafik Berkomputer

    Sila klik di sini untuk melihat gambar sepanjang berlangsungnya majlis.

    Print Email

    Dasar Baru KPM