Selamat Datang ke Laman Web SMK Tengku Mizan Zainal Abidin (STEMZA), Terengganu

frogasia
  • Aktiviti Water Confidence

    Perkhemahan Perdana Badan Beruniform, Outreach Camp IM4U UniSZA
  • Majlis Solat Hajat

    Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Melibatkan Pelajar Tingkatan 3 dan 5 bersama Ibu Bapa Penjaga
  • Chorasical Sketch. Tahniah!

    Tempat Ketiga Piala Yayasan Sultan Mizan Peringkat Negeri Terengganu
  • Kem Pancaragam

    Kem Pemantapan Pancaragam Bersama SMK Ibrahim Fikri
  • DLM PEMBINAAN

  • Selamat Datang Diucapkan Kepada Pengetua STEMZA Yang Ke 14
  • Aktiviti Water Confidence
  • Majlis Solat Hajat
  • Chorasical Sketch. Tahniah!
  • Kem Pancaragam
  • DLM PEMBINAAN

    Majlis Pelancaran Nilam 2012

    Pada 8 Mac yang lalu, Majlis Pelancaran NILAM 2012 telah diadakan di Dewan Mestika. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ismail Bin Kusri, Pengetua SMK Tengku Mizan Zainal Abidin. Tepat jam 7.30 a.m, semua pelajar telah mengambil tempat di dewan."Baca Buku, Buka Dunia" merupakan tema NILAM pada tahun ini.

    Majlis dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu Negaraku, Selamat Sultan dan lagu sekolah. Acara diteruskan dengan ucapan aluan oleh Puan Hajjah Senah Bt Abdullah, Penyelaras NILAM. Majlis disusuli dengan ucapan oleh Tuan Pengetua dan seterusnya merasmikan majlis tersebut. Majlis pada kali ini diserikan dengan persembahan koir oleh para pengawas pusat sumber yang ternyata hebat dan bertenaga. Acara kemuncak adalah penyampaian hadiah kepada penerima anugerah NILAM. Seramai 23 orang yang telah menerima Anugerah Nilam 2011. Sekalung tahniah diucapkan.

    Program NILAM merupakan aktiviti membina tabiat mambaca secara terancang dan berterusan. NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Pelaksanaan program ini telah bermula sejak tahun 1999 bertujuan mewujudkan masyarakat Malaysia yang cintakan ilmu.

    Matlamat NILAM adalah membina tabiat membaca dalam kalangan masyarakat negara ini khususnya golongan pelajar.Objektif program Nilam adalah menanam serta memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar dan menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.

    Berikut adalah senarai nama penerima anugerah NILAM 2011:

    1 NOR AREESHAH BT AZMI

    2 MARIA BT ISMAIL

    3 NOR FAIEZAH BT HASIAUN

    4 NOR HARYANTI BT WAHAB

    5 NORSYAHIRA BT ZAIDI

    6 NUR AIN BT MOKHTAR

    7 NUR HAFIZAH BT SAADON

    8 ROSHAIZA BT MAT NASIR

    9 NURUL ATIKAH BT ZULKIFLE

    10 SITI AISYAH BT SUID

    11 SITI NOR AQILAH BT JUSOH

    12 SUZI HAIZA BT ABD RAHMAN

    13 MUHAMMAD FAIZ AZRI B. MOHD ALI BABA

    14 SITI AISYAH BT MUHAMMAD KHALIDI

    15 NUR KAHIRUNISA BT HAMID

    16 NUR AIN MADIAH BT MAT YASIM

    17 NURUL ASMA BT KHAIRUL

    18 SARAH NADIA BT MOHD ZAYAVI

    19 ROSMAWANIS BT MOHAMAD

    20 ALYA SHAKIRAH BT AHMAD KAMARUDDIN

    21 NUR SHAHIRAH BT ABDULLAH

    22 NUR ASIAH BT AB.AZIZ

    23 NOR FATIHAH BT AWI


    Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang telah berjaya. Tahniah juga diucapkan kepada Cikgu Ahmad Nazli Muda selaku Guru Media dan  Perpustakaan serta guru-guru ahli jawatankuasa kerja kerana telah berjaya melaksanakan majlis ini dengan jayanya.

    Diharapkan program seumpama ini dapat memupuk serta menanam minat membaca para pelajar. Sila klik di sini untuk tatapan gambar sepanjang berlangsungnya program.

    "KEJAYAAN DAN KEMENANGAN HANYALAH MILIK ORANG YANG BERUSAHA"

    Print Email

    Kejohanan Merentas Desa 2012

    Kejohanan Merentas Desa 2012, SMK Tengku Mizan Zainal Abidin telah berlangsung pada19 Januari 2012. Para pelajar telah berkumpul di Dewan Mestika seawal jam 7.15 a.m. Taklimat ringkas telah diberikan oleh Cg Ahmad Nazri bin Ismail. Para pelajar telah dilepaskan tepat jam 8.30 a.m. Acara berlangsung dalam keadaan yang harmoni serta penuh dengan semangat kesukanan.

    Upacara perasmian penutup serta penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ismail Bin Kusri, Pengetua SMK Tengku Mizan Zainal Abidin.Semasa sesi penyampaian hadiah, turut diselitkan acara cabutan bertuah. Pelbagai hadiah menarik yang telah disediakan antaranya adalah baucer membeli di kperasi sekolah, jam tangan, raket badminton dan bola. Berikut adalah senarai pemenang mengikut rumah:

        • JOHAN      : RUMAH ZAMRUD
        • N.JOHAN   : RUMAH DELIMA
        • KETIGA     : RUMAH NILAM
        • KEEMPAT  : RUMAH AKIK

    Sekalung tahniah diucapkan kepada para pemenang. Ribuan terima kasih diucapkan kepada para pelajar kerana telah berusaha sedaya upaya untuk memberi markah kepada rumah masing-masing. Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada guru-guru serta kakitangan sokongan kerana telah bertungkus lumus dalam menjayakan kejohanan ini. Semoga semua warga STEMZA mendapat manfaat bersama melalui kejohanan yang dianjurkan ini. Sila klik di sini untuk tatapan gambar sepanjang berlangsungnya kejohanan tersebut.

    Print Email

    Dasar Baru KPM