Selamat Datang ke Laman Web SMK Tengku Mizan Zainal Abidin (STEMZA), Terengganu

frogasia
  • Aktiviti Water Confidence

    Perkhemahan Perdana Badan Beruniform, Outreach Camp IM4U UniSZA
  • Majlis Solat Hajat

    Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Melibatkan Pelajar Tingkatan 3 dan 5 bersama Ibu Bapa Penjaga
  • Chorasical Sketch. Tahniah!

    Tempat Ketiga Piala Yayasan Sultan Mizan Peringkat Negeri Terengganu
  • Kem Pancaragam

    Kem Pemantapan Pancaragam Bersama SMK Ibrahim Fikri
  • DLM PEMBINAAN

  • Selamat Datang Diucapkan Kepada Pengetua STEMZA Yang Ke 14
  • Aktiviti Water Confidence
  • Majlis Solat Hajat
  • Chorasical Sketch. Tahniah!
  • Kem Pancaragam
  • DLM PEMBINAAN

    Perkhemahan Perdana Badan Beruniform

    photo 2017 04 08 11 29 32 Pada 7 hingga 9 April 2017, Perkhemahan perdana badan beruniform SMK Tengku Mizan Zainal Abidin telah diadakan di Kem IM4U, UniSZA, Merang. Seramai 163 orang peserta telah terlibat dalam perkhemahan ini yang kebanyakannya adalah pelajar tingkatan 5. Peserta bergerak ke tapak perkhemahan menggunakan 4 buah bas jabatan pendidikan pada jam 3.00 petang. 

    Print Email

    Pelancaran Program Jom ke Sekolah

    Pada 5 Februari, Pelancaran Program Jom ke Sekolah telah diadakan secara serentak di seluruh negeri. Program ini adalah kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Polis Diraja Malaysia. Di Sekolah SMK Tengku Mizan Zainal Abidin, majlis ini telah diadakan di Dewan Al Mizan bermula jam 8.00 pagi. Majlis ini telah dirasmikan oleh DSP Shahrudin Bin Mat Husain, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, Daerah Kuala Terengganu.

    Pada majlis ini juga, serentak di lancarakan pelancaran Program Mentor Mentee dan Peti Aduan Sekolah. 9 pelajar yang menjadi mentee kepada Tuan Pengetua, telah dijemput ke pentas untuk bersama-sama memotong kek sebagai gimik pelancaran program ini. Semoga semua program yang diadakan dapat meningkatkan prestasi kecemerlangan pelajar .

    Peti aduan turut dilancarkan bagi memastikan semua pelajar dapat belajar dengan tenang dan selesa di sekolah. Pelajar yang menjadi mangsa buli dapat membuat aduan dalam bentuk surat. Aduan yang dilaporkan akan disiasat dan tindakan yang sewajarnya akan diambil oleh pihak yang berkenaan. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

    Print Email

    Dasar Baru KPM