Selamat Datang ke Laman Web SMK Tengku Mizan Zainal Abidin (STEMZA), Terengganu

frogasia
  • Aktiviti Water Confidence

    Perkhemahan Perdana Badan Beruniform, Outreach Camp IM4U UniSZA
  • Majlis Solat Hajat

    Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Melibatkan Pelajar Tingkatan 3 dan 5 bersama Ibu Bapa Penjaga
  • Chorasical Sketch. Tahniah!

    Tempat Ketiga Piala Yayasan Sultan Mizan Peringkat Negeri Terengganu
  • Kem Pancaragam

    Kem Pemantapan Pancaragam Bersama SMK Ibrahim Fikri
  • DLM PEMBINAAN

  • Selamat Datang Diucapkan Kepada Pengetua STEMZA Yang Ke 14
  • Aktiviti Water Confidence
  • Majlis Solat Hajat
  • Chorasical Sketch. Tahniah!
  • Kem Pancaragam
  • DLM PEMBINAAN

    Kursus Asas Pembimbing Rakan Sebaya

    Pada 14 Januari 2017, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah terlibat dengan Kursus Asas PRS Siri 1 bertempat di Bilik Seminar SMK Tengku Mizan Zainal Abidin. Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dan penyelaras program adalah kaunselor sekolah. Antara objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada PRS tentang peranan PRS di sekolah, menambah pengetahuan dan kemahiran PRS tentang kemahiran asas kaunseling dan komunikasi serta pendedahan mengenai buku log PRS. Diharapkan dengan menghadiri kursus seumpama ini, PRS akan dapat menjalankan tugas dan amanah dengan sebaik mungkin dalam membantu sekolah melahirkan pelajar yang cemerlang serta mewujudkan suasana  yang harmoni di dalam sekolah. Sila klik di sini untuk galeri gambar semasa porgram diadakan.

    Print Email

    Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah

    Pada 12 Januari 2017, kejohanan merentas desa peringkat sekolah telah diadakan di SMK Tengku Mizan Zainal Abidin. Johan keseluruhan kejohanan pada tahun ini adalah milik Rumah Akik. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar serta seluruh warga sekolah yang telah menjayakannya. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Adun Batu Rakit, YB Haji Bazlan kerana sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

    Berikut adalah senarai pemenang mengikut kategori yang dipertandingkan:

    Mata Keseluruhan Lelaki
      Delima Zamrud Akik   Nilam
    Tingkatan 1       1  2 4 3
     Bawah 15  2  4 1 3
     Bawah 18  3  2 1 4
    KEDUDUKAN  1 3 2 4

     

    Mata Keseluruhan Perempuan
      Delima Zamrud Akik   Nilam
    Tingkatan 1       4  2 1 3
     Bawah 15  4  3 2 1
     Bawah 18  1  3 2 4
    KEDUDUKAN  4 3 1 2

     

    Mata Keseluruhan
      Delima Zamrud Akik   Nilam
    JUMLAH MATA          409  385 498 390
    KEDUDUKAN  2  4 1 3

     

    Sila klik di sini untuk tatapan gambar sepanjang acara berlangsung.

    Print Email

    Dasar Baru KPM